Amalan Hidup sihat.
Asas yang penting dalam amalan hidup sihat adalah ;
-Makan dengan cara yang sihat.
-Lakukan aktiviti fizikal seperti senaman.
-Tidak merokok,minuman keras
-Menangani stres/tekanan hidup dengan cara yang betul.
Kebaikan-kebaikan/faedah amalan hidup sihat ;
-Risiko mendapat pelbagai penyakit akan berkurangan seperti tekanan darah tinggi,tinggi kolestrol,kencing manis,angin ahmar dan kanser.
-Jangka hayat lebih panjang dan tahap kesihatan yang baik.
-Lebih bertenaga dan produktif dalam urusan rumah dan kerja.
-Kehidupan yant bertenaga dan ceria.
Makan Cara Sihat.
Makan mengikut waktu dan masa yang teratur
3 waktu utama-sarapan pagi
-makan tengahari
-makan malam
Pelbagaikan jenis-jenis makanan/makanan seimbang.
-berasaskan/panduan piramid makanan.
Makanan yang rendah lemak,gula dan garam.
Piramid Makanan :
Aktiviti Fizikal.
Melibatkan semua pergerakan tubuh badan yang mengunakan tenaga dalam aktiviti seharian seperti berkerja,bersenam,reakreasi,bersukan dan lain-lain.
Lakukan aktiviti ringan hingga sederhana selama sekurang-kurangnya 30 minit,3 kali dalam seminggu.Aktiviti boleh dipertingkatkan perlahan-lahan[+10 minit setiap kali]
Lakukan aktiviti yang sesuai dan menarik dengan anda.
Aktivit ringan :berjalan kaki
senaman regangan
berkebun,cuci kereta
Aktiviti sederhana :berjalan laju
berlari perlahan
berenang
berbasikal
aerobik
naik tangga
Senaman untuk kebaikan jantung mestilah ;
sekurangnya 3 kali seminggu
setiap kali mestilah tidak kurang dari 20 minit
mesti berpeluh dan dapat menarik nafas panjang dengan selesa.
Kehidupan yang tidak aktif boleh menyebabkan kegemukan dan meningkatkan risiko penyakit darah tinggi,kencing manis,strok,sakit sendi/tulang dan hypercholestromia.
Tidak merokok/Minum alkohol.
Merokok meningkatkan pelbagai risiko penyakit yang berkaitan iaiti 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru,bronkitis,empisima, penyakit jantung dan strok.Asap rokok mengandungi lebih 4000 jenis bahan kimia dan 63 bahan karsinogenik[penyebab kanser]
Teknik untuk berhenti merokok ;
Yakinkan diri dan tetapkan tarikh untuk berhenti
Berfikiran positif.
Dapatkan sokongan kawan,ahli keluarga
Lawan keinginan untuk merokok
Terapi Gantian Nikotin
Amalkan 10 petua -
melengah-lengahkan
minum banyak air
menarik nafas panjang
membuat sesuatu
menjauhkan diri dari tempat orang merokok
mengunyah sesuatu
membasuh tangan
mandi dengan kerap
senaman ringan
memohon doa
Menangani stress.
Stress dialami oleh semua orang sama ada di rumah,tempat kerja atau sekolah.Stress kertelaluan dan berpanjangan dan tiada daya kemampuan brtindakbalas membawa kepada kemarahan.Kemarahan adalah masalah emosi utama akibat stress.
Cara mengawal kemarahan ;
-bertenang,tarik nafas panjang dan mengucap.
-ambik wuduk.
-katakan 'saya sedang marah'.
-kenal pasti punca kemarahan anda.
-cuba dengar penjelasan orang lain.
-beredar segera jika tidak dapat mengawal kemarahan.
-membiasakan diri memaafkan orang-setiap manusia melakukan kesalahan.
Cara mengurangkan kemungkinan untuk marah ;
-Berfikiran positif.
-Jangan salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan.
-Belajar menyukai diri sendiri.
-Belajar bertenang.
-Adakan hobi yang menarik.
-Luangkan masa untuk keluarga,kerja dan beriadah.
-Tidur yang cukup.
-Cari teman yang dapat berkongsi masalah.
-Tetapkan matlamat hidup anda.
Suplemen/Vitamin dalam kehidupan kita.
Suplemen merupakan makanan tambahan dan bukannya makanan gantian seharian.Ianya dalam bentuk minuman dan makanan.Suplemen boleh ujud dalam bentuk vitamin,mineral,herba tumbuhan atau komponen makanan seharian kita.Ianya mungkin berbentuk kapsul,tablet pil dan cecair.
Suplement boleh didapati dengan meluas dan dibeli di farmasi,klinik,pasar raya dan online internet.Makanan tambahan ini boleh membantu kesihatan dan mendapatkan kulit yang cantik.Badan kita sememangnya memerlukan vitamin dan mineral untuk kekal sihat dan bergerak aktif.
Seseorang yang ingin mengambil suplemen tertentu,ianya perlu pastikan kenapa dan mengapa ia diperlukan untuk badannyaSetiap suplemen yang diambil mestilah bersesuaian dengan corak pemakanan seseorang,umur,jantina,jenis penyakit yang dihadapi.Pastikan keadaan kesihatan sememangnya memerlukan suplement tersebut.
Suplemen yang diambil tidak akanmenyembuhkan penyakit tetapi ianya membantu mengekalkan kesihatan dan mencepatkan proses penyembuhan.Kandungan nutrisi juga penting dan pastikan ianya mendapat piawaian[RNI] Malaysia dan mendapat kelulusan KKM.
Penguna dinasihatkan mendapat khimat nasihat doktor atau pakar pemakanan.Pengambilan yang berlebihan akan memudaratkan kesihatan.Senaman bersama-sama suplement yang betul pasti akan dapat mengekalkan
tahap kesihatan optimum.
Selagi suplemen tidak melebihi dos dan mengikut keperluan nutrisi ianya tidak menjadi masaalah.Pastikan bahan yang dihasilkan halal dan tiada bahan kimia yang berbahaya.
Apa itu Kolagen?
Fungsi kolagen;
Menghasilkan asid amino penting seperti lysine,prolin dan giysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untukmembina struktur tisu penyokong dan mengawal fungsi sel.
Mengawal metaboslima tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
Melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif.
Melambatkan proses penuaan kulit.
Memelihara ketegangan dan keanjalan kulit.
Menstabilkan struktur,memlembapkan,menegang kulit lalu mengekalkan kecantikan kulit.
Membantu hati dalam proses detoksifikasi.
Membantu pola tidur.
Mencantikkan dan menyuburkan rambut.
Meningkatkan penyerapan kalsium.
Menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang.
Memulihara penyakit saraf dengan membina semula lapisan protein pada saraf.
Sumber Kolagen.
Kolagen Marin-daripada sumber ikan yang dihidrolisis.
-lazimnya didapati dari sisik dan kulit ikan laut dalam seperti ikan kod
-molekul kolagen marin in lebih kecil menjadikan penyerapan lebih baik ke dalam tubuh.
Buah yang mengandungi Vit. C- merupakan zat penting yang membantu tubh memproduksi kolagen bagi
pembentukan struktur dasar kulit.
-sebagai antioksida yang meneutralkan radikal bebas bagi mengelakan
kanser.
-buah seperti oren,strawberry,anggur mengandungi banyak vit C.
Selepas usia 45-50 tahun badan kita akan kehilangan hampi separuh dari yang ada.Jadi,semakin tua kolagen akan berkurangan.Ini menyebabkan kulit kusam,tidak bermaya,berkedut,pigmentasi kulit,sakit badan dan sendi dan cepat letih.Suplemen dan senaman dapat melambatkan proses penuaan kulit.
Fungsi/tugas Vitamin/Galian.
Vitamin A.
-dikenali juga sebagai retinol.
Kepentingan-tumbesaran kanak-kanak
-penglihatan yang baik
-kulit yang sihat
-lapisan selaput mukosa di dalam tubuh.
Vitamin C.
-dikenali sebagai asid askorbik.
Kepentigan-pembentukan dan pengekalan kolagen
-penyembuhan luka,salur darah,tulang dan gigi
-membantu metabolisma hormon dan asid amino
-antioksida-membantu mencegah kanser.
Vitamin B12.
dikenali sebagai Cobalamin
Kepentigan -pembentukan sel darah merah
-membantu mengekalkan selaput saraf.
Zat Besi.
-sangat penting untuk kesihatan tetapi dalam jumlah yang sedikit.Ianya terdapat pada sel darah merah.
Kepentigan -memudahkan pembentukan haemoglobin dalam sel darah merah.
-pembentukan myoglobin dalam otot.
-membawa oksigen.
-membantu pengeluaran tenaga badan.
Acid Folic.
Kepentigan -untuk menghasilkan sel baru terutama sel darah merah
Kalsium.
Kepentigan - pembentukan tulang dan gigi
-kontraksi danrelaksi otot.
-fungsi saraf
-pembekuan darah dan tekanan darah
Zink.
Kepentigan-pengangkutan untuk Vit A
-deria rasa
-penyembuhan luka
-produksi sperma
- perkembangan bayi
-pembinaan enzim,hormon,genetik dan protein.
Iodin.
Kepentigan -pengawalan metabolisma dan pembentukan janin.
Magnesuim.
Kepentigan -pembentukan tulang dan gigi
-saraf
-fungsi otot
-mengaktifkan enzim untuk tenaga
Selenium.
Kepentigan -bergabung dengan Vit E sebagai antioksida.
Suplemen/Vitamin Yang Ditawar Pada Harga Yang Berpatutan.
1.APPETON,A-Z Kids,Vitamin C 30mg.Pastilles
FOR 2 YEARS ABOVE.
HARGA RM0.80/SACHET[5 PASTILE]
RM17.00/BOX[20 SACHETS].
KOD ; V01
2.APPETON A-Z KID'S VIT. C/RANGE FLAVOUR
FOR 2-6 YEARS.
HARGA RM 14.00/BOTTLE.
KOD ; V02
3.APPETON MULIVITAMIN LYSINE WITH PREBIOTICS
60 TABLET KUNYAH.
UNTUK 2 TAHUN KEATAS.
RM22.00/BOX.
KOD ;V03
4.FLAVETTES VIT. C WITH CALCIUM TIME RELEASE 1000MG
30 TABLETS
UNTUK DEWASA.
HARGA RM27.00/BOTTLE.
KOD ; V04
5.PROVITON MULTIVITAMIN WITH MINERALS AND GINSENG
30 TABLETS
UNTUK DEWASA.
HARGA RM 26.00/BOTTLE
KOD ;V05
6.VOLABION B12
HARGA RM4.00/SEKEPING[10 BIJI]
KOD ; V06
7.IBERET FOLATE
HARGA RM25.00/30 BIJI
KOD ;V07
8.MUILIVITAMINS
RM16.00/BOTTLE[180 BIJI]
KOD ; V08
seterusnya Kolum kesihatan/perubatan/ubat.
No comments:
Post a Comment