Demam
Demam/panas
badan adalah reaksi badan kita sedang
bertindakbalas melawan kuman dalam badan kita. Kerapkali berlaku pada
kanak-kanak.
Suhu yang
normal adalah 36.7—37.4 C. Ianya agak berbeza mengikut umur,bahagian tubuh dan
suhu persekitaran. Suhu melebihi 39 C perlu rawatan doktor.Ianya disukat dengan
jangkasuhu merkuri atau jangkasuhu digital.
Demam mungkin di sebabkan jangkitan virus,bacteria dan lain-lain. Punca lain mungkin leukemia,limfoma,SLE,ketumbuhan kanser,kecederaan tisu dan lain-lain. Ianya perlu pemeriksaan lanjut untuk diagnosis oleh doktor.
Demam Selsema.
Jangkitan
virus seperti Influenza, Adenovirus
adalah biasa. Jangkitan pada lapisan mukosa di dalam hidung,tekak,sinus dan
bronkus atas.Virus ini disebarkan melalui udara ketika batuk,bersin dan melalui
sentuhan.Biasanya bermula 1-3 hari selepas kuman memasuki tubuh. Purata demam biasanya tidak melebih 7 hari.Sistem
imun badan akan bertindakbalas melawan virus dengan menghasilkan antibodi di
dalam darah.
Tanda-tanda lain yang biasa :
-Selsema,hidung
berair,hidung tersumbat,bersin,batuk
-sakit
tekak,suara parau.
-sakit
badan,sendi dan tulang.
Komplikasi :
-jangkitan
merebak ke paru-paru (Pneumonia,Bronchitis)
-jangkitan
di telinga (otitis media), rongga tulang (sinusitis)
Rawatan :
-Demah
badan dan kepala dengan air yang banyak.
-Banyak
rehatkan badan di tempat yang selesa dan udara yang bersih.
-minum
banyak air suam,makanan yang berzat dan buah-buahan segar.
Ubat :
Demam-
Sy/Tab paracetamol .
-Sy Brufen
Antihistamine-Sy/Tab. piriton/polarax/Actifed/loratidine
Batuk/Kahak-Sy/Tab
Expectorant/guinefenasin/dextrometrophan
Penahan
sakit- Sy/Tab Mefenamic acid/diclofenic.
DEMAM CAMPAK
Panduan Ibubapa.
Merupakan penyakit berbahaya semasa diperingkat
kanak-kanak.Kebanyakkan kes berlaku kepada kanak-kanak dibawah satu tahun
kerana belum mendapat perlalian demam campak.
Ianya penyakit yang berjangkit dan menyebabkan symptom-simptom
seperti ;
-demam panas[suhu tinggi]
-ruam merah kecil
-selsema dan hidung berair
-batuk
-mata merah berair
Komplikasi demam campak ;
-radang paru-paru[pneumonia]
-jangkitan telinga
-mata merah/berair/bernanah
-radang otak
-kematian
Penyebab Demam Campak ;
Disebabkan oleh virus campak.Disebarkan melalui titisan
kecil air liur dan air hidung semasa batuk,bersin atau bercakap.Sentuhan
permukaan yang tercemar di mana virus mampu bertahan selama 2 jam di luar.
Golongan Berisiko ;
-bayi berumur kurang setahun
-kanak-kanak yang tidak mendapat imunisasi
-sesiapa yang belum terkena campak/tidak mendapat imunisasi.
Rawatan ;
-tiada rawatan khas bagi demam campak.
-komplikasi boleh dielakkan jika dikenalpasti dengan segera.
--bawa segera berjmpa doctor.
Pencegahan ;
-cegah dengan memberi perlalian/imunisasi.
Peranan Ibubapa ;
Pastikan semua kanak-kanak mendapat perlalian MMR pada umur
12 bulan
Kanak-kanak yang disyaki menghidap camapak bawa berjumpa
doctor segera dan disasingkan supaya tidak berjangkit pada kanak-kanak lain.
Demam Denggi adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh
virus denggi dan disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes.
Tanda-tanda Demam Denggi ;
-demam panas yang megejut dan berterusan
-bintik-bintik merah pada kulit
-sakit teruk pada sendi-sendi,tulang,otot dan kepala
-pendarahan di kulit,hidung dan mulut
-muntah-muntah
-sakit perut
Rawatan Awal dapat Menyelamatkan Nyawa.
Kitaran Nyamuk ;
Nyamuk---Telur---Jentik-jentik---Kepompong.
Masa untuk kitaran ini lebihkurang seminggu.
Pencegahan ;
-luangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit untuk periksa
kawasan rumah kita kehadiran tempat jentik-jentik/nyamuk seminggu
sekali.Musnahkan tempat pembiakan nyamuk di mana sahaja.
-pakai pakaian yang sesuai bagi mengelak gigitan nyamuk di
tempat kerja anda.
-sertai gotong-royong diadakan di tempat saudara
-jaga kebersihan persekitaraan tempat tinggal
-beri kerjasama pihak berkuasa menjalankan aktiviti kawalan
denggi[fogging] di tempat anda.
-rawatan segera jika ada tanda-tanda demam denggi.
Kencing Manis/Diabetes Mellitus
Satu penyakit yang kronik[berlarutan].Setiap 100 orang
terdapat 8 orang menghidap kencing manis.Di sebabka paras gula yang tinggi
dalam darahKekurangan hormone insulin[dihasilkan di Pankreas] atau tidak berkesan insulin sendiri untuk
membawa gula ke dalam sel dan tisu
badan menyebabkan gula tinggi dalam
darah.Ini akan menyebabka kerosakan sel/tisu
danorgan dalam badan apabila ia berlarutan.
Ada 2 jenis Kencing Manis ;
IDDM[perlu rawatan insulin]-selalunya pada
kanak-kanak
NIDDM-Tidak perlu rawatan insulin]-90% adalah jenis
ini,lebih berumur,obese .
Tanda/Simptom ;
-Haus/dahaga yang berlebihan
-kencing sangat kerap
-letih,tidak bertenaga/bermaya
-Susut berat badan
-luka lambat sembuh,kulit mudah gatal,kebas hujung
kaki/tangan.
-penglihatan kabur
Orang Yang Berisiko ;
-berat badan berlebihan
-peningkatan usia,lebih 35 tahun
-faktor keluarga penghidak kencing manis
-faktor pemakanan-selalu makan manis dab berlemak
-tidak aktif,kolestrol tinggi/darah tinggi.
Komplikasi ;
-kegagalan buah pinggang
-katarak,pendarahan dalam mata-buta
-kebas kakitangan,luka
yang tidak terasa—gangrene
-angin ahmar/stroke
Rawatan ;
-Mengawal pengambilan makanan.Elakan makanan/minuman
yang manis dan berlemakPemakanan
seimbang digalakkan.
-Aktiviti senaman/riadah yang teratu dan berterusan.Membantu
insulin lebih berkesan dan juga dapat menurunkan berat badan.
Ubat-ubatan-Oral tablet seperti
Daonil/Metformin/Gliciazide/Glucovance dan lain-lain.Doktor akan memberi ubat yang
bersesuian mengikut tahap penyakit.Rawatan insulin diperlukan sekiranya ubat
tidak lagi berkesan.
Penjagaan Diri ;
-kebersihan diri sangat penting-kulit,kaki.keringkan
kulit,celah jari dengan sempurna.Merawat luka yang kecil dengan segera.Gunakan
kasut yang bersih,potong kuku secara lurus.
-senantiasa mengetahui
paras gula dalam badan.Mesin glucometer banyak dijual di klinik/pharmacy
dengan harga yang berpatutan.
-pemeriksaan mata
-berhenti merokok dan minuman keras.
Darah Tinggi/Hipertensi
Merujuk kepada tekanan
darah yang tinggi di dalam arteri iaitu sistolik melebihi 140mmhg dan diastolic melebihi 90 mmhg[BP>140/90 mmhg)Bacaan
purata sebanyak 3 kali diperlukan sebelum didignosis sebagai darah tinggi.
Ianya masaalah
kesihatan tanpa petanda awal [pembunuh senyap] sehingga pesakit berjumpa
doktorKomplikasi darah tinggi mengambil masa bertahun sebelum menunjuk
kesannya.Penyumbang utama penyakit
jantung,stroke dan kegagalan buah pinggang.
Jenis Hipertensi
Essential
hypertension-90% adalah jenis ini.Ianya Ianya
disebabkan factor persekitaran dan keturunan,cara
hidup,pemakanan,obese,rokok dan lain-lain.
Sekunder
Hipertensi-10% jenis ini. Disebabkan oleh penyakit lain seperti buah
pinggang,masaalah hormone,ubatan dan lain-lain.
Gejala/tandatanda:
-asyomtomatic9tidak
menunjukan sebarang tanda/masaalah.
-sakit
kepala/pening/meloya jika tekanan agak tinggi.
Rawatan ;
-perlu dikawal
sepanjang hayat.Perubahan dalam gaya hidup boleh membantu seperti berhenti
merokok,mengurangkan garam dalam makanan dan senaman[gaya hidup sihat],mengurangkan
berat badan.
-ubat-ubatan.Doktor
akan memeriksa pesakit dan memberi ubat
yang bersesuian.
Sakit Jantung.
Jantung adalah satu organ penting yang mula berfungsi sejak dari janin hinggalah seorang itu meninggal dunia.Ia mengepam darah untuk membekalkan oksigen dan nutrien ke seluruh badan melalui sistem peredaran darah.
Jantung yang sihat berupaya mengepam darah sebanyak 10,000 liter darah sehari.Jantung yang sihat berdenyut kira-kira 100,000 kali sehari iaiti antara 60--80 kali seminit.
Seorang boleh menghidap 2 jenis penyakit jantun iaitu ;
Penyakit Jantung Kongenital - berlaku sejak dalam kandungan seperti jantung berlubang dan kecacatan injap
jantung.
Penyakit Jantung Bukan Kongenital - terjadi akibat jangkitan atau cara hidup tidak sihat seperti penyakit
jantung koronori
Jantung adalah satu organ penting yang mula berfungsi sejak dari janin hinggalah seorang itu meninggal dunia.Ia mengepam darah untuk membekalkan oksigen dan nutrien ke seluruh badan melalui sistem peredaran darah.
Jantung yang sihat berupaya mengepam darah sebanyak 10,000 liter darah sehari.Jantung yang sihat berdenyut kira-kira 100,000 kali sehari iaiti antara 60--80 kali seminit.
Seorang boleh menghidap 2 jenis penyakit jantun iaitu ;
Penyakit Jantung Kongenital - berlaku sejak dalam kandungan seperti jantung berlubang dan kecacatan injap
jantung.
Penyakit Jantung Bukan Kongenital - terjadi akibat jangkitan atau cara hidup tidak sihat seperti penyakit
jantung koronori
Penyakit jantung mengambil masa bertahun-tahun sebelum
menunjukkan tandanya.Ianya berkaitan dengan masaalah lain seperti darah
tinggi,kegagalan jantung,arteroscelerosis.Darah tinggi menyebabkan jantung
membengkak dan akhirnya menjadi lemah.Ada
5 tanda yang menunjukkan lemah jantung :-kelesuan
-sesak nafas
-kaki
bengkak9odema0
-ketat/sakit dada
-aktiviti menjadi
terhad.
Artherotrombosis
adalah masaalah berlaku pada salurdarah.Darah membeku di atas plak[lapisan
lemak di dinding salur darah] menyebabkan aliran darah tersumbat.Serangan sakit jantung
berlaku bila kurang aliaran darah pada otot jantung.
Serangan jantung ;
seorang itu dikatakan mendapat serangan jantung apabila otot jantungnya tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi disebabkan pebbuluh darah menjadi sempit atau bekalan darah terhenti sama sekali.
Ianya terjadi apabila berlaku pengumpulan lemak yang melekat pada dinding saluran darah yang lama-kelamaan menyempit atau menyekat pengaliran darah ke jantung.Jika pembuluh darah tersumbat sepenuhnya,ini menyebabkan serangan jantung.
Tanda-tanda Serangan jantung ;
-sakit dada yang menekan-nekan bermula di bahagian tengah atau kiri dada dan biasanya merebak ke lenga kiri dan leher
-sakit mencengkam sehingga boleh menyebabkan pitam/pengsan
-sesak nafas
-berpeluh dingin
-berasa sejuk walaupun suhu persekitaraan panas
-pening kepala dana berasa loya
seorang itu dikatakan mendapat serangan jantung apabila otot jantungnya tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi disebabkan pebbuluh darah menjadi sempit atau bekalan darah terhenti sama sekali.
Ianya terjadi apabila berlaku pengumpulan lemak yang melekat pada dinding saluran darah yang lama-kelamaan menyempit atau menyekat pengaliran darah ke jantung.Jika pembuluh darah tersumbat sepenuhnya,ini menyebabkan serangan jantung.
Tanda-tanda Serangan jantung ;
-sakit dada yang menekan-nekan bermula di bahagian tengah atau kiri dada dan biasanya merebak ke lenga kiri dan leher
-sakit mencengkam sehingga boleh menyebabkan pitam/pengsan
-sesak nafas
-berpeluh dingin
-berasa sejuk walaupun suhu persekitaraan panas
-pening kepala dana berasa loya
Faktor Risiko ;
Tekanan darah tinggi
Paras kolestrol tinggi
Kencing manis
Berat badab
berlebihan/obese
Merokok
Pemakanan tidak
seimbang
Tidak aktif
fizikal/kurang bersenam
Sejarah keluarga
Stress
Pencegahan ;
Pemeriksaan yang
teratur untuk pengesanan awal –darah tinggi,kolestrol dan kencing manis
Cara hidup sihat
–bersenam/tidak merokok/kawal pemakanan/kawal berat badan.
Rawatan ;
seterusnya Kecantikan
No comments:
Post a Comment